Masalah Buat Loh

Friday, June 28, 2013

Kumpulan Syair Puisi Islami

Kumpulan Syair Puisi Islami: Sebenarnya, membuat syair islami itu tidaklah begitu rumit. Seperti halnya puisi dan sajak, syair juga tercipta sebagai curahan ekspresi dan emosi seseorang. Ketika Anda sudah menemukan ekspresi kuat yang akan dicurahkan dalam bentuk syair, maka kemahiran bersyair akan mengalir deras bak sungai di musim banjir. Persis dengan kemahiran Anda dalam membuat puisi cinta, apalagi saat sedang kasmaran. Betul…? Syair itu sendiri terbagi dalam berbagai macam genre. Sama dengan musik yang mempunyai genre pop, rock, metal, indie, blue dan lain sebagainya. Salah satu genre syair tersebut adalah syair islami.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali dapat membuat syair yang bagus dan berhasil sekaligus mengandung nilai-nilai islam di dalamnya. Kandungan nilai Islam tersebut meliputi nilai-nilai sabar, syukur, tauhid, tafakkur, dzikrul maut, dan masih banyak yang lainnya. Salah satu sajak dari kitab Ihya’ Ulumuddin berikut merupakan contoh syair islami yang tepat:

Kumpulan Syair Puisi Islami

Allah, lalu dunia….

Kita tambal dunia
Dengan mencabik-cabik agama, maka agama tidaklah kekal
Begitu juga apa yang kita tambal.
Maka beruntunglah seorang hamba
Yang mengutamakan Allah Tuhannya
Ia perbaiki dunianya
Demi apa yang diharapkannya.
***

Kebesaran ilahi

Lihatlah wahai temanku
Bumi yang luas terbendang yang penuh warna-warni
Lihatlah wahai temanku
Langit yang penuh dengan hiasan keajaiban
Semua itu adalah dicipta dari NYA
Untuk tatapan kita sekalian ummat
Tanda kasih NYA kepada kita

Tapi
Apakah kita pernah bersyukur
Dengan pemberian NYA yang agung itu
Tanya diri kita.
Kini segelintir dari insan seagama kita leka
Dan sanggup mengekutui Tuhan yang ESA
Iaitu pencipta Agung
Mereka tidak sedar bahawa mereka juga
Diciptakan oleh Allah Maha Pencipta

Dimana silapnya?
Tepuk dada Tanyalah minda siapa kita.
Dengan itu bersyukurlah wahai sahabatku
Agar dirimu terhidar dari Laknatullah.
Lihatlah langit wahai sahabatku
Apakah kita pernah terfikir
Betapa agungnya ciptaan Tuhan yang ESA itu
Dengan menciptakan keindahan cakerawala
Yang tersirat indahnya dimata setiap insan

Lihatlah
Lihatlah betapa sayangnya robbul jalil kepada kita
Dicipta NYA setiap keperluan kita ummat manusia
Dengan itu mengapa masih ada lagi insan yang ego.
Apakah kita merasa kita lebih perkasa
Apakah kita merasa kita lebih hebat
Apakah kita merasa kita lebih agung
Apakah kita merasa kita lebih kaya

Dan
Apakah kita merasa kita lebih berkuasa atas sesuatu
Ingatlah
Ingatlah wahai semua
Yang lebih itu hanyalah Tuhan yang satu iaitu Allah.
Hilangkanlah kesombongan yang merasuk jiwamu
Hilangkanlah keegoan yang meracun hatimu
Kerna semua itu hanya membuat dirimu dimurkai
Hiasilah dirimu dengan kebesaran Ilahi
Sesungguhnya kita amat kerdil disisi-NYA

Dan sesungguhnya
Sebaik-baik ummat adalah mereka yang sentiasa
Mengingati-NYA
***

Hidangan dari Langit

Bulan puasa telah tiba.
larangan raja mulai berlaku
jauhkan tanganmu daripada makanan
hidangan rohani telah disediakan.
Roh telah bebas dari pengasingan dirinya dan menundukkan tangan tabiat jelek
hati yang sesat telah dikalahkan dan perajurit iman telah sampai.
Bala tentera penidur telah menyerah dan segera ditawan
dari bara penyulut api jiwa tiba seraya meratap.
Lembu itu begitu molek
Musa bin Imran muncul
melaluinya si mati hidup semula apabila badannya telah melaksanakan upacara qurban
Puasa ialah upacara qurban kita
yang menghidupi jiwa
mari kita qurbankan badan kita, kerana jiwa tiba sebagai tamu.
Iman yang teguh ialah awan lembut
kearifan ialah hujan yang tercurah darinya
kerana pada bulan iman inilah al-Qur`an diwahyukan.
Apabila nafsu badani dikawal
roh akan mikraj ke langit
apabila pintu penjara dirubuhkan maka jiwa akan mencapai pelukan Kekasih.
Hati telah menukar tabir gelapnya dan menggerakkan sayapnya ke angkasa
Hati, yang menyerupai malaikat, sekali lagi tiba di tengah mereka.
Tangkaplah tali pengikat tubuhnya
di atas perigi berteriaklah.
***

Dalam Dirimu Penuh Keajaiban

Kalau engkau perhati!
Dan jika jiwamu hidup,
Juga kalau akal engkau berperanan,
Engkau tentu sedar, bahawa di dalam dirimu
penuh dengan keajaiban dan hikmah,
Bahkan di dalam dirimu lahir dan batin,
ia adalah sumber segala-segalanya,
Sumber kekayaan dunia dan Akhirat,
Pada anggota-anggotamu adalah sumber ilmu
dan pengalaman,
Ia juga sumber hiburan dan kebahagiaan,
Ia adalah sumber kekayaan dunia yang berbentuk material
dan kemajuan fizikal,
Juga ia adalah sumber iman dan taqwa yang membawa
kekayaan Akhirat,
Sumber mengenal Tuhan pencipta alam dan dirimu sendiri,
Sumber segala kebaikan dunia dan Akhirat,
Di dalam dirimu sumber kajian,
Padanya ada ayat daripada ayat Allah,
Di sini nampak kekuasaan dan kehendak Allah Taala,
Dapat dilihat kebesaran dan pentadbiran-Nya,
Dapat dirasakan ilmu-Nya,
Di dalam diri engkau dapat dirasakan rahmat dan nikmat Tuhan,
Kalaulah hal-hal yang tersebut engkau sedar,
Aduh! Malunya engkau dengan Tuhan,
Terasa hinanya diri engkau,
Syukur tidak terhingga,
Cinta dan takut kepada-Nya,
Rasa bertuhan tidak mungkin dilupakan,
Ke mana sahaja engkau pergi
terasa engkau hamba yang hina yang perlu;
kepada perlindungan Tuhan-Nya.
Mujahid Alfaqir
***

Katakanlah dalam Wudhumu

Ya Allah…
Sucikanlah hatiku daripada sebarang dosa
Dosa-dosa yang bisa melalaikan diriku
Dari terus mengingatimu
Ampunilah dosaku Ya Allah.

Ya Allah…
Sucikanlah setiap perkataanku
Dari mengatakan sesuatu yang kau cegah
Dan latihkanlah lidahku
Untuk terus menyebut namamu
Agar diriku terus mengingatimu.

Ya Allah…
Masukkanlah aku dalam golongan-golongan
Mereka yang menghidu wangian syurga
Sesungguhnya setiap insan menginginkan syurgaMu.

Ya Allah…
Lindungilah aku dari melihat maksiat
Yang bisa meruntuhkan akhlakku
Sebagai seorang muslim sejati
Dan sucikanlah wajahku dari pandagan keji manusia
Agar aku terus dalam keimananMu.

Ya Allah…
Peliharalah kedua tanganku dari menyentuh
Najis maksiat
Sesungguhnya Engkau murka terhadap
Insan yang menyentuh maksiat.

Ya Allah…
Sucikanlah fikiranku dari segala kekotoran
Yang bisa merosak keimananku
Agar diriku tidak terjerumus dalam lembah kehinaan.

Ya Allah…
Lindungilah kedua telinggaku
Dari mendengar perkara-perkara maksiat
Agar hati suciku terjaga dari kemungkaran.

Ya Allah…
Kaki adalah berperanan
Mengerakkan tubuh badanku
Maka dengan itu lindungilah kakiku
Dari melangkah kea rah kemaksiatan yang durjana
Agar terpancarnya terus sinar keimanan terhadapku.

Ya Allah…
Hanya padaMu kubermohon
Kerna hanya Engkaulah tuhan yang Satu
Pencipta sekalian alam
Maka dengan sesungguhnya
Kabulkanlah doa ummat Mu ini
Amin Yarobbal Alamin
***

Demikianlah Artikel Kumpulan Syair Puisi Islami
Semoga bermanfaat :)

Kumpulan Syair Puisi Islami Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Anonymous